Sunday, August 30, 2009

Rayuan Ramadhan



“Ramadhan….apa ertinya aku di bulan ini? Seolah-olah seperti hari-hari biasa aku lalui…

kosong…hambar...” Aku berkata pada diriku sambil menggagahkan diri yang malas ini untuk bangun bersahur.

Setelah selesai membersihkan diri ala kadar, aku bersahur walaupun aku tahu aku tak perlukan pun. Kurma keluaran Science Herb dan roti Hi5 menjadi pilihanku. Setelah selesai makan, aku pun minum beberapa teguk air mineral. Memandangkan 10 minit lagi waktu subuh akan masuk, aku pun bergegas kemaskan diri dan tempat bersedia untuk solah subuh.

Jikalau sebelum ramadhan hadir, aku lebih kerap ke masjid UIA atau musolla mahallah untuk solah subuh, tetapi kini, kemalasan aku bertambah berkali-kali ganda untuk ke sana, aku lebih rela solah bersendirian di bilik 1.4 mahallah siddiq walaupun aku tahu 27 kali ganda pahala bagi mereka yang solah berjamaah.

Selepas subuh adalah waktu wajib aku tidur. Jikalau tidak ada kelas pagi itu, aku akan tidur sampai zohor. Jikalau ada kelas, waktu tidur aku hanya 1 jam. Tidak puas tidur. Aku tidur dengan sengaja walaupun aku tahu bahawa hukumnya makruh.

Satu hari satu muka surat untuk membaca Al-quran pun amat susah diaplikasikan sedangkan Al-quran tafsir berharga RM35 yang aku beli sebelum kehadiran Ramadhan dengan niat untuk dibaca. Tetapi niat tidak kesampaian. Aku lebih rela menghabiskan masaku dengan mengikuti sambungan Naruto Shippuden dari membaca secebis ayat Al-quran.

Dalam kelas semasa Pensyarah mengajar, setengah masa kelas adalah masa tidurku. Aku tidur bukan kerana aku berqiam di pagi hari. Aku tidak rasa letih pun.

Tetapi realiti kemalasanku di bulan ramadhan ini berbeza ketika waktu berbuka puasa. Aku sanggup pergi ke bazaar Ramadhan yang terletak 1 km dari bilik ku, berlagak seperti orang yang memenuhi fiqh ibadah berpuasa. Hidangan berbuka puasa aku hampir setiap hari mencecah angka RM10 atau lebih. Saat berbukalah aku akan ikut sunnah Rasulullah. Bila orang lain bertanya kepadaku kenapa berbelanja begitu banyak, aku akan menjawab bahawa Rasulullah pernah bersabda “Dua kegembiraan orang mukmin ialah waktu berbuka puasa dan saat bertemu dengan ALLAH” Jawapan memang benar tapi dari mulut orang yang penuh kehinaan.

Persoalannya disini, mengapa? Mengapa dibulan yang dikatakan bulan mulia ini aku semakin bersimpang? Mengapa amalan aku di bulan ini semakin berkurang? Jikalau disebabkan kekurangan ilmu, maka jawapannya salah. Aku tahu tentang hukum hakam asas fiqh berpuasa. Mustahil aku tidak tahu kerana aku membesar dalam keluarga yang amat menitik beratkan soal ibadah.

Jadi apakah masalahku sebenarnya? Setiap tahun di bulan Ramadhan pengalaman bodoh begini yang akan aku lalui. Aku tahu di bulan ini amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib, amalan wajib pahalanya seperti digandakan 70 kali. Tetapi aku langsung tidak berminat untuk beramal. Mengapa? Sedangkan mudah sangat untuk beramal. Membaca satu huruf ayat Al-quran sudah dikira 10 pahala.

Sebenarnya jiwa aku terseksa begini. Rasa bersalah sentiasa menyalutiku. Aku rasa seperti tidak mahu hidup. Mati kelihatan lebih baik bagiku. Bukankah beramal kerana ALLAH itu lebih baik dari duduk bersahaja?

Memang benar, Ramadhan tahun ini memang hambar dalam diriku. Aku berpuasa tetapi hanya menguruskan perut, megurangkan berat badan, mendahagakan tekak, meletihkan otot, Tetapi satu habuk pun aku tak akan dapat dengan berlakon seperti org yang tidak bermaya.

Konsep untuk mendapatkan kelazatan dibulan Ramadhan sebenarnya bukan dengan makan masakan yang sedap-sedap di Restoran class A, tetapi dengan banyakkan beramal dan berdoa agar kita dapat Rahmat ALLAH.

Aku merayu di saat Ramadhan ini masih berbaki, agar aku dapat menggagahkan diri ini untuk bangkit beramal kerana ALLAH.

Memang susah untuk beramal, perjuangan meraih Rahmat ALLAH ini memang dengan kesusahan.

Sejak bila dengan kesenangan?

4 comments:

Humayra' said...

change in language i see..
how come?

miss ur stories btw

selamat beribadah!
May Allah accept all our deeds..

Huraiyah said...

nampaknya post ana kali ini lbih kurang mcm anta..mmg benar..Ramadhan kali ini entah kenapa..rasa kosong...xda syu'ur...

Amin Misran said...

To humayra:

hehe...

English stories will come...soon...insyallah..

To Huraiyah:

Ramadhan kali ini hambar krn ana berada di susasana selain suasana solehah....itu sebab hambar...

ana sdang kuatkan diri untuk terus..

Huraiyah said...

...meh laa iftar,x hambar dah kot..

Related Posts with Thumbnails